Kerajaan menawarkan pakej perpaduan prabayar internet mudah alih dengan harga lebih rendah untuk golongan belia, B40, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan veteran.<br /><br />Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, golongan berkenaan akan menikmati penurunan harga pakej telekomunikasi bagi langganan prabayar internet mudah alih berbanding pakej semasa di pasaran pada Februari 2023.